Sahabat sangat sukar dicari..ertinya disini kawan senang sangat mudah ditemui tetapi kawan untukberkongsi segala kesusahan malah kesenangan sangat sukar untuk didapati..Adakah semua tidak mempunyai hati dan perasaan lagi? Pada zaman Rasulullah S.A.W sahabat ramai dan mereka sanggu membantu dan berkongsi bukan sahaja harta malah bermacam-macam lagi.Begitulah eratnya mereka sehingga kesusahan ditanggung bersama kegembiraan diraikan bersama. Mungkin sekarang ramai yang telah habis belajar.pelajar universiti serta kolej-kolej.argailah sahabat anda,Jika anda telah bertemu dengan sahabat yagn benar-benar serasi dengan anda janganlah terputus hubungan itu.InsyaAllah biarlah sampai ke Jannah..Amin.Rindunya pada sahabat ana yang di semenanjung dan sabah sarawak..Semoga kita dapat bertemu lagi satu hari nanti..Doakanlah sahabat anda perkara yang baik-baik..Jika ada kesalahan yang mereka lakukan maafkanlah mereka kerana tidak rugi anda memaafkan seseorang...
Hati-hati memilih kawan...
Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Oleh itu hati-hati juga memilih teman,jangan sampai kite terjerumus ke lembah yang tidak elok..Berkawanlah dengan orang-orang yang soleh supaya kita boleh berubah menjadi sepertinya.Jangan lupa juga membawa kawan-kawan lain untuk mengikuti orang yang soleh..Semoga Allah S.W.T meredha kita..HIdup hanya kerana Allah S.W.T..Semoga pos ini memberi sedikit ilmu..
.jpg)




















