Jika kau memilih dia kerana rupa dia bukan pilihanmu,Jika kau memilih dia kerana harta dia bukanlah orangnya,Jika kau memilih dia kerana pangkat dia tiada semua itu,Dia hanyalah insan biasa yang memerlukan perubahan dalam hidup,Akhirnya jika kau ketepikan semua itu dan memilih agamanya, Allah akan membantu setiap perjalananmu mengenalinya....Allah akan mempertemukan kau dengan insan yang selayaknya untukmu...
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]
Allah telah menjanjikannnya....jangan kita menghukum kita ini jahat tetap berubahlah ke arah kebaikan kelak kita akan sentiasa diberkati Allah SWT.
Hidayah Allah itu luas...Sekali kita mendapat hidayah itu janganlah kita meninggalkannya tetapi cepat-cepatlah kita bertindak menangkap hidayah itu kerana khuatir hidayah itu akan berlalu jika kita melupakannya...
Ungkapan...
'Hidayah tak sampai lagi buat apa aku nak berubah'...Ungkapan berbahaya sekali..
Hidayah perlu digali,dicari diselidiki...Bantulah mereka yang ingin berubah...Janganlah kita memandang rendah terhadap mereka yang tidak baik di mata kita...Berdoalah agar mereka berubah dan menjadi lebih baik dari kita.Bertaubatlah..Allah menyukai orang yang suka bertaubat,kerana mereka kembali kepadaNya dan mengadukan perihalnya kepadaNya.
Janganlah menghampiri zina....Teguhkan ayat ini di dalam diri kita..InsyAllah apabila kita terfikir atau terperosok ke arah zina,kita akan kuat dan mengelak daripada maksiat itu terjadi.
Oleh itu apabila kita berusaha ke arah kebaikan insyAllah kita akan memperoleh jodoh yang baik-baik seperti yang dijanjikan oleh Allah..
Nukilan oren kafe.
Aku redha engkau sebagai jodohku,
Selagi mana engkau memperjuangkan agama Allah,
Aku yakin engkau mampu membimbingku ke jalanNya,
Dengan peganganmu pada dua jalan ini,
Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan hidupmu,
Aku yakin Allah akan membantu setiap jalan yang kau lalui......


