Monday, 19 December 2011

Couple...

assalamualaikum,
Couple adalah satu topik yang hangat sekali pada masa yang semakin moden.Kononnya kalau tidak kapel kita akan dikira kolot.Dalam perbincangan kita ini saya ingin bercerita satu kisah.


'Seorang wanita jatuh cinta pada seorang lelaki melalui pandangan mata,lalu terbitlah rasa ingin berkenalan.Mereka pun berkapel dan bermain mesej setiap hari.Rasa indah bila dicintai.Semua indah belaka.Mereka tidak pernah bersentuhan jadi mereka fikir cara ini adalah betul.Cinta islamikPada suatu hari mereka terdengar suatu ceramah di masjid dan seorang ustaz berkata kapel diharamkan.Bermacam-macam yang ustaz itu katakan sehingga hati insan yang bercinta ini terus tersedar kesalahan yang mereka lakukan selama ini.Mereka pun terus terdetik untuk memutuskan hubungan kapel ini.Mereka sedar bermacam-macam kesan buruk yang telah timbul iaitu keputusan peperiksaan mereka menurun,kawan-kawan mereka dijauhkan,pembaziran kredit pun berlaku.Setelah mereka putus,ustaz berkata lebih baik jika mereka terus tidak berhubung kerana takut nanti cinta itu akan datang lag.Jika benar kau untukku pasti kita akan berjumpa lagi.Cinta kepada Allah itu lebih dari segala-galanya.Kita tidak putus harapan jika hilang cinta manusia tetapi kalau kita hilang cinta Allah kita hilang segalanya.Jadi 'Grab for it '.Dont regret.


Pasangan yang bercinta tidak pernah sedar akan kehadiran orang lain.Kawan-kawan diketepikan.Keputusan peperiksaan akan menurun.Janganlah kita menghampri zina.Kapel boleh membawa kepada zina.


“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]




Ayat ini telah jelas menunjukkan bahawa kapel itu haram.Bagi sesiapa yang sedang atau ingin ke arah itu diharap fikir-fikirkan banyak kali.Janganlah kita melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT kerana buruk padahnya.Tidak takutkah kepada azab tuhan kelak.Nauzubillah.Ini untuk peringatan diri ana dan untuk semua kerana kita tidak tahu apakah akan terjadi kepada kita.Jangan risau tentang jodoh kerana Dia pasti mengaturkan yang terbaik untuk kita.Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Ini tidak lagi bagi kapel yang telah bersentuhan walaupun hanya bersentuhan tangan dengan sengaja.Jika seseorang lelaki itu memegang kamu wahai wanita diatidak sayangkan kamu sebenarnya.Dia hanya berdasarkan nafsu.Lelaki,jika kamu inginkan pasangan yang terbaik jangan mempermainkan wanita yang halus jiwanya.Jika kamu menyayangi seorang wanita janganlah kamu tidak menghormatinya.


Diharap post ini diterima.Jika ada yang salah betulkan kesalahan ana.




Indah berseri bunga angsana,
Mekar kembang ditepi titi,
Wahai insan jauhi zina,
Agar hidup sentiasa dirahmati.


                                                                                                          Sketch by orencafe08

No comments: