Rekaan lala's dan pelbagai cerita dan pengajaran boleh dikongsi...its yours..
Wednesday, 21 December 2011
Sakit @ hurt....sabaq na.......
Assalamualaikum pembuka segala kata-kata,topik pada ketika ini ialah sakit.Saya pasti setiap insan atau benda yang bernyawa pasti akan merasai sakit...Tapi adakah anda merungut atau menyalahkan takdir atas kesakitan yang anda rasai.Sebagai hamba Allah SWT kita seharusnya bersyukur dengan kesakitan yang kita dapat kerana ini menandakan Allah menyayangi kita...Ini adalah ujian untuk kita...Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.....
Jangan merungut wahai sahabat,jangan mengeluh,jangan bersedih....Tidakkah anda mahu Allah menyayangimu...??
"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersabar.....(QS An-Nahl:96)
Renugkanlah ayat ini....cuba anda dengar juga lagu Muhasabah cinta Edcoustic...Ayatnya sangat menginsafkan diri.....
Satu cerita untuk dikongsi.....
Seorang lelaki tiba-tiba ditimpa dugaan iaitu dia disahkan menghidap penyakit jantung...Dia sangat terkejut dan tidak percaya kerana umurnya baru 21 tahun....Dia pun balik kerumah dan menangis dan terus menangis mengenang nasib...Semasa dia sihat dia tidak pernah mengerjakan solat,tidak pernah mengharap kasih sayang Allah SWT...Dia menyalahkan tuhan dengan penyakit yang dialaminya....Pada suatu malam dia bermimpi meninggal dalam keadaan sakit jantung dan tidak sempat mengucap...Dia terus terjaga dari mimpi dan terus bersolat..Dia tahu bersolat dan mengerjakan segala kewajipan tetapi dia tidak mengamalkannya...Dia sangat menyesal.... ayat ini menyedarkan dia..
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan ketakutan,kelaparan,kekurangan dalam harta,jiwa dan buah-buahan.Maka berikanlah berita gembira kepada orang-orang sabar,yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un', mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."(QS Al-Baqarah:155-157)
Sejak itu dia tidak pernah meninggalkan kewajipan dan dia terus bersabar dengan musibah yang melanda....Sakit yang ditanggung walau bagaimana pedihnya kesakitan itu dia tetap tersenyum..Dengan doa yang tidak pernah putus dan penuh dari hati yang sangat ikhlas akhirnya dia sembuh...Semua orang tidakpercaya penyakit jantung boleh disembuhkan...Tapi itulah kuasa Allah SWT...Dia amat bersyukur dengan kesembuhan yang Allah kurniakan dan dia tidak pernah lag tidak menghargai waktu sihat...
sketch by:)''::orencafe08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment